Tuesday, July 7, 2020

Kerja baik pulih table top dan dinding bilik mandi di Pangsapuri Sri Tanjung, USJ16

Unit Pangsapuri Sri Tanjung yang diuruskan oleh pihak kami telah mendapat penyewa baru dalam masa beberapa hari selepas penyewa dulu pindah keluar. Walaupun duit tempahan sudah diterima, tetapi pihak pengurusan tetap menjalankan kerja baik pulih yang telah dikenalpasti sebelum itu.

Pihak pengurusan mendapati keadaan table top dan dinding bilik air adalah tidak memuaskan (seperti gambar di bawah) dan memerlukan kerja baik pulih. Jubin tepi table top jatuh disebabkan kehilangan kelekatan adalah masalah yang biasa kepada mereka yang memasang dengan jubin 2kaki x 2kaki.




Kerja baik pulih ini nampak tidak susah sangat. Tetapi pihak kami membuat keputusan untuk menyupah tukang jubin pakar untuk menjalankan kerja baik pulih supaya rumah nampak lebih kemas dan tahan lasak.



Penyewa baru amat gembira dengan hasil kerja baik pulih ini dan pihak kami berdoa agar penyewa dan keluarganya dimurahkan kesihatan dan rezeki.


No comments:

Post a Comment

The Ultimate Guide to Skypod Residences Car Park Rental for Airbnb Guests: Your Weekend Getaway Solution

Car Park Lot at Tower2 for weekend or public holiday Location: B1 Check in time: 7pm Friday Check out time: 11pm Sunday Booking available fo...